Lebih Sebulan Tersekat Di Bawah $28, Chainlink (LINK) Okey Tak Tu?

370

Chainlink (LINK) tidak menunjukkan perkembangan harga yang mengujakan walaupun berhadapan dengan penambahbaikan besar rangkaian.

Tidak pasti mengapa tetapi berdasarkan pemerhatian, dapat disimpulkan Chainlink sudah berubah daripada fokus jangka pendek kepada fokus jangka panjang.

Untuk pengetahuan, Chainlink secara utamanya dimanfaatkan oleh aplikasi GameFi yang melombong atau menghadiahkan non-fungible token (NFT), dan menggunakan suapan harga (price feeds) untuk menentukan harganya secara berpatutan.

Contoh GameFi yang menerapkan suapan harga Chainlink termasuklah: Money Tree, Dreams Quest, Pocoland, TreasureKey, dan banyak lagi. Namun, integrasi tersebut tidak menggembirakan pelabur.

Tidak cukup dengan itu, sudah lebih sebulan harga LINK gagal tembus ke paras $28.

Chainlink melihat perkara ini dari sudut yang serius, bermula dengan isu besar iaitu miner extractable value (MEV), memfokuskan kepada sekuriti, privasi, dan kewangan dari aspek sistem desentralisasi.

Kajian terhadap jambatan cross-chain MEVs yang ditaja memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan Protokol Saling Kendali Cross-Chain (Cross Chain Interoperability Protocol, CCIP).

Secara tidak langsung, ia akan menjadi standard sumber terbuka bagi komunikasi cross-chain, menyokong permesejan umum, dan pemindahan token di seluruh rangkaian blockchain.

Ketika penulisan, LINK didagangkan pada $26.12, meningkat 0.53% dalam 24 jam.

Aktiviti penjualan semakin perlahan dan pelabur, malah whales dilihat HODL lebih daripada seminggu, tidak membuat sebarang langkah yang mengujakan.

Transaksi terbesar yang direkod lebih daripada $100,000 kini berada di paras terendah sepanjang tahun, dengan nilai rata-rata di bawah $200 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat