Lebihan Perdagangan China Mengecil Pada Bulan Oktober

63

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada pagi tadi, China mencatat lebihan imbangan perdagangan sebanyak $26.62 billion pada bulan Oktober berbanding bulan September yang mencatat lebihan perdagangan sebanyak $28.08 billion. Eksport meningkat sebanyak 6.9% dan import meningkat kepada 17.2%.

Dalam masa yang sama, import minyak mentah dari Januari ke Oktober meningkat 11.8% setahun iaitu 349 juta metrik tan. Manakala import bulan Oktober menacatat bacaan 30.0 juta metrik tan. Lebihan  perdagangan sepanjang 10 bulan pertama mencatat $222.98 billion.

Menurut ING Market, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa pengukuhan matawang CNY akan memberi kesan pada eksport. Namun berdasarakan data sejak 2013, tiada apa-apa bukti yang menunjukkan kearah itu.

Selain itu, kehadiran Trump di Asia berkemungkinan akan menjadi salah satu faktor  yang akan memberi tekanan pada perdagangan China.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan semasa lawatan Trump ke Beijing, lebihan perdagangan antara China dan U.S dikurangkan sebanyak $1.5 billion pada bulan lepas.

Pada ketika ini matawang U.S dolar menyusut sebanyak 0.08% kepada 6.6323 berbanding matawang CNY setakat jam 4.50 p.m

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat