Ledakan Varian Delta Ancam Pemulihan Ekonomi UK

260

Penularan varian Delta yang meningkatkan kadar jangkitan akan menyebabkan pemulihan ekonomi Britain di bawah tekanan, lebih-lebih lagi di tengah kekurangan pekerja dan sekatan coronavirus yang lebih panjang.

Kes harian coronavirus meningkat dengan ketara sejak sebulan lalu, didorong oleh peningkatan penularan varian Delta, sehingga memaksa kerajaan menangguhkan rancangan untuk melonggarkan sekatan pandemik di England selama empat minggu hingga 19 Julai.

Bagaimanapun, berkat daripada program vaksinasi yang memberangsangkan, kadar kemasukan ke hospital dan kematian dapat dikurangkan meskipun kes harian mencecah tahap tertinggi sejak Januari.

Dengan skim subsidi pekerjaan yang akan berubah mulai 1 Julai walaupun langkah sekatan dilanjutkan, pasaran pekerjaan mungkin akan terjejas.

Jika dahulu, kerajaan membayar 80% daripada gaji pekerja, pada bulan Julai kerajaan hanya akan membayar 70% daripada upah, dan majikan perlu membayar 10% lagi, menjadikan pekerja dengan 80% daripada gaji mereka sebelumnya.

Pada bulan Ogos dan September pula, kerajaan akan membayar 60% dan majikan 20% daripada gaji pekerja, sebelum ia ditamatkan sepenuhnya pada September.

Para pengusaha dan syarikat telah memberi amaran bahawa pemotongan skim subsidi ini akan membahayakan pekerjaan dan pemulihan ekonomi Britain, lebih-lebih lagi ketika kadar pekerjaan masih berada di bawah tahap pra-pandemik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat