Lelaki Ini Menjelaskan Kenapa Ramai Trader Yang Kejar Untung Akan Sentiasa Rugi Dan Tersungkur Dalam Trading

299

Dari : Trader Kental.
Tajuk : Perjalanan Seorang Forex Trader Yang Sebenar

Confession:
Mari kita lihat 2 senario dibawah ini, dimana jumlah entry ini direkodkan :

Situasi pertama :

modal permulaan 1 Ogos adalah RM 517.65 Berakhir pada 26 Ogos menjadi RM 1,071.48 dengan keuntungan lebih kurang 50%.

Jika kita melihat situasi ini, sudah tentu kita melihat mendalami ilmu forex ini sangat bagus, memberi keuntungan lumayan dan lebih tinggi berbanding peratus keuntungan yang diberikan oleh syarikat kewangan yang lain seperti ASB dan juga simpanan tetap di bank.

Saya percaya kebanyakan orang akan memandang forex kearah sebegini. Mari saya tunjukkan secara realitinya pula dengan modal yang sama pada situasi kedua ini.

Situasi Kedua :

Modal permulaan 1 Ogos adalah RM 517.65 dengan profit setiap trade/minggu sebanyak 1% sehari sebulan hanya 4%.

Kalau anda melihat situasi kedua, sememangnya perjalanan trade ini agak mencabar dan panjang kerana ada entry untung, ada juga entry rugi dalam tempoh trading tersebut.

Inilah realiti sebenarnya. Namun, apa yang saya ingin simpulkan disini adalah walaupun ada kerugian, akaun tetap boleh membesar. Bagaimana ini berlaku?

Berdasarkan permerhatian saya, kebanyakannya kita telah menyalah tafsir tentang konsep dan tujuan utama “apakah itu menjadi seorang trader”. Kebanyakan kita menganggap menjadi seorang “trader” adalah untuk mendapatkan keuntungan.

Malang secara realitinya tafsiran ini salah sama sekali.

Saya telah pun membaca buku Super Trader oleh Van Tharp, yang mengatakan bahawa maksud bagi Trader sebenar ialah seseorang yang bijak mengatur peluang dan merancang risiko. Point penting disini adalah Risiko.

Van Tharp juga menekankan jika seseorang menguasai kawalan risiko, Reward akan datang dengan sendirinya. Disinilah saya dapat melihat mengapa 90% adalah dari golongan yang gagal untuk berjaya.

Ini adalah kerana selama ini kita terdedah dengan iklan yang penuh dengan janji2 indah dimana forex ini seakan-akan mudah dan forex boleh membuat kita cepat kaya. Minda kita telah dididik bahawa Forex adalah untuk mendapatkan keuntungan (Reward).

Jika kita fikir begitu, disinilah juga secara tidak langsung kita melihat kebanyakan kita selalu mengabaikan risiko. Inilah salah satu punca mengapa kita menjadi tamak, tidak mempunyai perancangan, dan melanggar Money Management yang sepatutnya.

Disini ingin saya kongsikan beberapa point untuk anda membuat pemerhatian sebelum memulakan trading.

1. Mencari Teknik Sesuai dan backtest (Sekurang2 setahun kebelakang)

2. Fahami dan sifat tidak balas (Behavior and reaction of Graph)

3. Menetapkan Risk dan Reward dengan betul (Nisbah 1:1 atau 1:2)

4. Merancang Money Management yang betul (cadangan penggunaan margin tidak lebih dari 10% dari jumlah Modal)

5. Sentiasa meletakkan SL, dan fahami Support N Resistance (SNR).

Hantar Confession anda di sini – moshed.com/hantar-confession

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat