Lelaki Ini Sanggup Jual Perniagaan Keluarga Untuk Mula Trade Forex!

4,280

Joseph Lewis atau lebih dikenali sebagai Joe Lewis dilahirkan pada 5 Februari 1937 di Bow, London. Ketika berusia 15 tahun, beliau memutuskan untuk berhenti sekolah dan bekerja di Tavistock Banqueting, syarikat katering kepunyaan bapanya.

Keputusan yang diambil adalah tepat apabila beliau mampu untuk mengendalikan perniagaan tersebut bahkan berjaya mengembangkannya.

Seterusnya, pada tahun 1979, beliau menjual perniagaan kerluarganya untuk fokus dalam perniagaan tunai. Berbekalkan wang yang diperolehi, Lewis telah berpindah ke Bahamas, sebuah kawasan rendah cukai. Di samping itu, beliau mula melibatkan diri dalam forex trading.

Dengan usaha gigih yang dilakukannya, Lewis berjaya memperolehi modal yang lumayan hingga mampu mengalahkan pelabur terkemuka, George Soros.

Kini, beliau mempunyai sebuah firma pelaburan, dikenali sebagai Tavistock Group yang berpangkalan di Florida. Syarikat berkenaan menguruskan portfolio pelaburan sebanyak 170 syarikat di 15 buah negara termasuk pembangunan hartanah mewah, rangkaian restoran Amerika Syarikat dan pelaburan bioteknologi.

Selain itu, Lewis turut membeli saham di Glasgow’s Rangers Football Club dan beberapa kelab bola sepak Eropah. Oleh yang demikian, beliau sangat dikenali sebagai seorang individu terkaya dan pelabur berjaya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat