Lepas Ini Nak Buat Video Kena Ada Lesen?

1,052

Bagi anda selalu memuat naik video di laman sosial, anda mungkin berdepan masalah baharu kerana kini anda tidak lagi boleh melakukannya secara bebas.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini memaklumkan sedang dalam pertimbangan untuk mengeluarkan lesen bagi sebarang bentuk penggambaran termasuklah rakaman media sosial peribadi.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, mana-mana individu atau organisasi perlu memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), tertakluk bukan sahaja kepada agensi media arus perdana, tetapi juga kepada media persendirian.

Cadangan itu dilontarkan selepas FINAS mendapati agensi berita antarabangsa, Al Jazeera International (Malaysia) Sdn Bhd (Al Jazeera) tidak mempunyai sebarang lesen untuk menerbitkan dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.

Walau bagaimanapun, cadangan itu ditentang oleh anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Ujar Fahmi, langkah itu bakal memberi impak besar kepada semua pengamal media sosial selain timbulnya isu pendakwaan terpilih.

Berdasarkan laman sesawang FINAS, bagi mendapatkan lesen pembikinan filem dan penggambaran video, pemohon perlu berdaftar sebagai pemilik syarikat Sdn. Bhd dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat