Lepas Menjunam, Harga Minyak Cuba Merangkak Naik

206

Perubahan sentimen pasaran susulan kekhuatiran terhadap gelombang kedua Covid-19 di Eropah dan kemungkinan lebih banyak langkah sekatan bakal dikenakan turut mendorong penurunan dalam dagangan minyak mentah.

Harga minyak sebelum ini mencatatkan penurunan sekitar 5% pada Isnin dengan membawa dagangan minyak Brent kembali menjunam ke paras harga $41 setong dan WTI Amerika Syarikat jatuh di bawah harga $40 setong.

Bagaimanapun , ancaman ribut tropika Beta yang menyebabkan syarikat tenaga menghentikan pengeluaran di Teluk Mexico sedikit sebanyak mengimbangi harga minyak daripada jatuh lebih rendah.

Pada sesi dagangan Eropah hari ini komoditi hitam mula memaparkan kenaikan namun kekal didagangkan rendah dengan niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 10 sen di sekitar harga $41.53 setong, manakala WTI Amerika Syarikat menokok kepada $39.62 setong.

Peningkatan yang tinggi dalam kes terbaru Covid-19 di negara-negara Eropah telah meningkatkan kebimbangan pasaran terhadap permintaan minyak mentah global yang mungkin terus lemah sekiranya sekatan coronavirus dikenakan.

Perdana Menteri UK Boris Johnson akan mengadakan mesyuarat kecemasan jawatankuasa COBRA pada hari ini, yang mana beliau dijangka akan mengumumkan sekatan terbaru coronavirus.

Sementara itu, laporan mengenai pengeluaran minyak Libya yang akan diteruskan semula turut meningkat kebimbangan terhadap bekalan yang berlebihan juga memberi tekanan kepada harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat