Lepas Saham, Platform X Rancang Tambah Dagangan Kripto Pula?

304

“Harapnya betul la, takut sembang je lebih.”

Jutawan Elon Musk yang mengorak langkah pantas dalam menjadikan platform X dahulunya dikenali sebagai Twitter telah merancang untuk penambahan keupayaan perdagangan saham dalam X.

Baru-baru ini, Musk bukan sahaja berhasrat menjadikan platform sebagai tempat tumpuan untuk semua kawangan malah pengurusan X bersedia mengintegrasikan dagangan pasaran mata wang kripto dalam platform tersebut.

Susulan terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa platform X akan melancarkan kripto sendiri, harga memecoin terbesar Dogecoin (DOGE) menyaksikan kenaikan secara ketara pada hari Khamis semalam sebagai tindak balas kepada berita itu.

Ciri dagangan saham X mempunyai peluang tinggi untuk berjaya memandangkan pakar kewangan, peniaga termasuk orang awam di seluruh dunia didapati semakin menyokong platform tersebut ekoran Musk rancang ubah permainan dalam dunia kewangan.

Bagaimanapun, ramai pelabur mencetuskan persoalan sama ada platform X akan menyepadukan perdagangan aset digital semasa syarikat kewangan besar seperti BlackRock dan Citadel sedang bersaing untuk dapatkan kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF daripada SEC.

Terdahulu, Musk yang menggantikan logo Twitter burung biru kepada logo DOGE pada minggu pertama April 2023 telah memberi kejutan kepada ramai pihak dalam industri kewangan susulan ia merupakan salah satu tindakan drastik.

Sejurus selepas melonjak sehingga $0.08, harga DOGE secara berterusan tergelincir sebanyak 0.62% pada paras $0.07 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $10 bilion seterusnya susut 4.88% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat