LGE Tidak Mengaku Bersalah Terima RM3.3 Juta

329

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyalahgunakan kedudukannya untuk meminta rasuah sebanyak RM3.3 juta membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Berdasarkan pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid, Guang Eng didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu membantu sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek berkenaan yang bernilai RM6.3 juta.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan terbabit di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Bangunan Komtar antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Beliau didakwa bagi pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 24(1) yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah rasuah yang diterima atau RM10,000.

Ahli Parlimen Bagan itu diwakili oleh peguam, Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.

Projek berkenaan yang meliputi jarak sejauh 7.2 kilometer akan menghubungkan Pulau Pinang dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam. Kerja-kerja pembinaan projek terbabit dijadualkan bermula 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat