Lihat Kesan Pergerakan EUR/USD Selepas Ucapan Dari Powell

197

Setelah pemulihan yang dipaparkan oleh US dolar di awal minggu, raja mata wang itu kembali bergerak suram pada dagangan Selasa semalam.

Ini adalah berikutan reaksi pasaran terhadap ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang menghadiri forum ECB di Portugal semalam bersama Presiden Christine Lagarde.

Tidak banyak perubahan seperti kenyataan Powell pada mesyuarat FOMC lalu, pasaran menilai nada yang dovish apabila beliau mengulas berkenaan trend disinflasi yang dipercayai sedang menuju ke sasaran bank pusat.

US dolar kembali bergerak lemah pada sesi New York semalam sementara pelabur memerhatikan petunjuk seterusnya menuju penghujung minggu seperti data APD, minit FOMC dan laporan NFP.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga susut di sesi Asia semalam menghampiri paras 1.07000, namun berlaku lantunan semula di sesi New York ketika reaksi pasaran terhadap ucapan Powell.

Pergerakan harga sedikit melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut untuk memberi isyarat awal bagi trend bullish semula.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan selepas ini, paras ketinggian di awal minggu mungkin akan diatasi sebelum harga catatkan paras ketinggian terbaru.

Sasaran lebih tinggi untuk harga adalah menguji zon 1.08000 yang dilihat sebagai rintangan tumpuan seterusnya pada corak kenaikan yang diteruskan.

Namun, jika harga tiba-tiba paparkan terjunan semula, penurunan harga akan menguji zon penting 1.07000 yang telah menjadi tumpuan untuk beberapa minggu.

Sekiranya harga menjunam deras di bawahnya, paras terendah terbaru bakal dilihat dengan jangkaan untuk harga mencecah sehingga sekitar 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat