Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

39

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1. Ketua-ketua kewangan dunia gagal menghalang ‘protectionism dan menyokong perdagangan bebas dalam mesyuarat G-20. Selepas mesyuarat dua hari di Jerman, menteri kewangan dan gabenor bank pusat 20 ekonomi terbesar dunia gagal membuat kata sepakat untuk mengekalkan perdagangan bebas dan terbuka.

2. Ketua IMF Christine Lagarde dilihat menenangkan kebimbangan terhadap komitmen Amerika Syarikat dalam perdagangan bebas dan mengatakan pentadbiran baru AS memerlukan masa untuk ‘menyesuaikan diri dan belajar’.

3. Presiden European Commission (EC) Jean-Claude Juncker tidak bimbang jika ada negara Kesatuan Eropah yang lain mahu meninggalkan blok itu selepas Britain, kerana Brexit akan memperlihatkan ia bukanlah pilihan yang baik. Apabila ditanya jika ada ahli EU yang mahu mengikut jejak Britain, Juncker berkata: “Tidak. Britain adalah contoh yang akan menyebabkan setiap negara berfikir ia tidak berbaloi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.”

4. Perkembangan pilihanraya Jerman: Angela Merkel sedikit mendahului calon dari parti Social Democrats (SPD) seperti yang ditunjukkan oleh tinjauan oleh Emnid poll Bild am Sonntag. Tinjauan mendapati parti Merkel mendahului dengan 33%, manakala SPD 32%.

5. French Centrist Emmanuel Macron dijangka dapat mengalahkan Le Pen dalam pilihanraya pusingan kedua. Tinjauan terbaru mendapati Macron berpotensi memenangi pilihanraya pusingan kedua dengan 64% undian berbanding Le Pen 36%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat