Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

41

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1.Perdana Menteri Theresa May menyatakan bahawa surat pelancaran bagi proses formal meniggalkan Kesatuan Eropah akan memperlihatkan pendirian Britain dalam hubungannya dengan negara-negara luar. May mengatakan surat tersebut adalah dokumen terpenting dalam sejarah negara tersebut.

2. Brexit bukanlah pengakhirannya. Kebergantungan Britain kepada Kesatuan Eropah tidak akan menghentikan UK daripada keluar dari blok tersebut, kata Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble.

3. Pasaran saham Jepun menjunam, Nikkei merosot sehingga 2.13% kepada 19,041 yang merupakan paras terendah sebulan yang lepas. Penyusutan ini banyak disumbangkan oleh kaunter-kaunter seperti Warehousing, pelaburan, dan perkhidmatan kewangan.

4. Presiden Morgan Stanley, Colm Kelleher mengatakan firmanya akan memindahkan staf keluar dari London dalam masa dua tahun. “Ini adalah kos dalam perniagaan,” kata Kelleher apabila ditanya tentang permohonan lesen di negara Eropah yang lain.

5. US dolar melantun dari paras terendah enam minggu lalu berbanding enam matawang utama yang lain pada Rabu, tetapi masih di bawah tekanan selepas isyarat yang menunjukkan kenaikan kadar yang agak perlahan tahun ini. Indeks US dolar naik 0.11% kepada 99.66 dari paras terendah enam minggu lalu 99.45.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat