Lima Perkara Penting Dalam Pasaran Forex Hari Ini

694

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Isu perdagangan AS-China kekal jadi perhatian pasaran. Walaupun dengan indeks saham yang positif pada awal dagangan minggu ini, pasaran akan tetap meneliti rundingan perdagangan global. China pada Rabu menawarkan pembelian $70 billion produk pertanian dan tenaga dari Amerika Syarikat jika tariff yang dikenakan kepada China dibatalkan.

#2 Indeks saham Amerika Syarikat dijangka dibuka positif. Pasaran niaga hadapan saham Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan yang menunjukkan sentimen keseluruhan pasaran kewangan global kekal positif setakat ini.

#3 Isu rundingan NAFTA akan terus mempengaruhi CAD. CAD mendapat sokongan daripada ura-ura pengecualian tariff keluli di mana laporan mengatakan setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat Steve Mnuchin menggesa Trump supaya mengecualikan Kanada.

#4 Data perdagangan Amerika Syarikat akan dikeluarkan pada malam ini. Dengan ketegangan perdagangan yang terus menghantui pasaran dan kritikan berterusan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang didakwa mengambil kesempatan terhadap Amerika, data pada malam ini akan dapat menambah ketegangan jika bacaan adalah negatif.

#5 ECB dijangka akan membincangkan penamatan rangsangan ekonomi (QE) minggu hadapan. Peter Praet ketua penganalisis ekonomi berkata kekuatan ekonomi di Zon Eropah kekal dan jangkaan inflasi semakin konsisten dengan sasaran bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat