Lockdown Lebih Ketat Di London Beri Tamparan Buat Harga Minyak

190

Dagangan minyak mentah sedikit susut pada hari Selasa, dilemahkan oleh kekhuatiran terhadap sekatan coronavirus yang lebih ketat dilaksanakan di Eropah di tengah-tengah kegembiraan pasaran terhadap berita positif vaksin.

Niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat diperdagangkan merosot pada $46.80 setong, sementara minyak mentah Brent pula susut pada $50.08 setong, menghapuskan separuh daripada keuntungan yang diraih pada hari Isnin.

Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock mengumumkan sekatan lebih ketat di kota London mulai hari Rabu berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan coronavirus yang akan mengurangkan permintaan bahan bakar dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Itali mengatakan pihaknya sedang mempertimbangkan sekatan lebih ketat semasa cuti Krismas, sementara kebanyakan perniagaan di Jerman diarahkan tutup sehingga 10 Januari dengan sedikit prospek pelonggaran pada awal tahun baru.

Jangkaan yang suram oleh OPEC telah menambah lagi tekanan buat komoditi ini, yang mana ia telah menurunkan ramalannya untuk pemulihan permintaan minyak pada 2021 sebanyak 350,000 tong sehari berikutan kesan berterusan dari pandemik coronavirus.

Bagaimanapun, dengan pelancaran kempen vaksinasi di Amerika Syarikat, UK dan Kanada yang mendorong kenaikan harga minyak minggu lalu, terus mengekalkan dagangan minyak mentah Brent di atas paras harga $50 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat