Logam Kuning Masih Gah Berdiri di Paras Tertinggi!

38

Harga emas sedikit berubah pada Rabu, namun masih berlegar di paras tertinggi dalam tempoh lapan minggu yang dicatat sebelum ini sementara menanti ucapan dasar monetari dari Janet Yellen.

Pasaran juga memberikan fokus kepada laporan inflasi dari AS yang bakal dikeluarkan minggu ini.

Emas bagi dagangan Februari kekal stabil pada $1,212.65 satu troy ounce, selepas melonjak sebanyak 1.4 peratus sehari sebelum ini.

Harga logam kuning meningkat mendadak pada Selasa kepada angka tertinggi sejak 22 November selepas ucapan yang dibuat oleh Donald Trump membunuh momentum US Dollar.

US Dollar Index meningkat sebanyak 0.3 peratus kepada 100.51 pada awal pagi tadi, tidak jauh dari paras terendah dalam tempoh 6 minggu.

Pasaran kewangan global dalam masa yang sama akan terus memberikan fokus kepada ucapan sulung Trump yang bakal disampaikan selepas perlantikan beliau secara rasmi Jumaat ini. Ucapan ini amat dinantikan sebagai butiran lanjut dari rancangan pembaharuan cukai, perbelanjaan infrastruktur serta pendirian mengenai dasar China dan ekonomi tempatan yang telah dirancang Trump sebelum ini.

Sementara itu, ucapan Janet Yellen di Commonwealth Club juga berpotensi dalam memberi isyarat mengenai kenaikan kadar.

Presiden Fed San Francisco sebelum ini menggesa peningkatan kadar secara beransur-ansur bagi memastikan ekonomi tidak menjadi terlalu overheating dan akhirnya terjerumus dalam kancah kemelesetan.

Secara berasingan, Gabenor Fed Lael Brainard berkata bahawa Fed mungkin akan bertindak lebih agresif dalam penetapan kadar jika pentadbiran Trump menghasilkan rangsangan ekonomi yang lebih pantas.

Logam berharga ini mendapat sokongan sejak beberapa minggu lalu apabila Fed tidak memberikan hala tuju yang jelas mengenai kenaikan kadar tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat