Loji Nuklear Ukraine Kena Serang, Siapakah Dalangnya?

265

Sehingga ke hari ini sama ada Rusia atau Ukraine, masih tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab berhubung serangan ke atas loji janakuasa nuklear Zaporizhzhia yang terbesar di Eropah.

Malah, Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa Ukraine merancang untuk melakukan provokasi di loji tersebut pada 19 Ogos, ketika Setiausaha Agung PBB Anthonio Guterres dijangka membuat lawatan.

Walaupun begitu, mereka tidak memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.

Anthonio Guterres akan bertemu dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Turki Tayyip Endorgan pada minggu ini untuk berbincang mengenai perjanjian penghantaran bijirin dan serangan di loji nuklear Zaporizhzhia.

Kegiatan ketenteraan di Zaporizhzhia yang berlangsung sejak beberapa minggu kebelakangan ini telah mencetuskan kebimbangan ramai pihak termasuk PBB yang khuatir akan berlakunya bencana besar.

Stesen janakuasa itu telah berada di bawah pegangan Rusia sejak ia ditawan pada Mac, tetapi masih dikendalikan pekerja Ukraine.

Kyiv dan Moscow telah saling tuduh menuduh antara satu sama lain terhadap serangan ke atas loji itu dengan kedua-dua pihak menyifatkannya sebagai ‘keganasan nuklear’.

Sementara itu secara berasingan, pihak berkuasa Ukraine telah melakukan latihan bencana berhampiran loji tersebut sebagai persediaan untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat