Mengejutkan ramai pelabur apabila Pound Sterling berjaya menutup dagangan minggu lalu dengan cemerlang setelah mempamerkan lonjakan luar jangkaan.
Situasi tersebut mengelirukan pemain pasaran yang menjangkakan Pound akan terus bergerak lemah ekoran beberapa faktor yang memberi tekanan.
Penularan virus di UK masih menjadi kebimbangan di tengah-tengah tumpuan pada persediaan pembukaan semula ekonomi yang dijadualkan pada tarikh 19 Julai ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-pasaran-forex-slow
Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga pada Jumaat lalu telah melonjak kembali 150 pips untuk menutup dagangan sekitar paras 1.39000.
Kenaikan yang melepasi paras 1.38000 dan juga halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga itu juga telah mula memberi isyarat untuk perubahan trend bullish.
Petunjuk itu akan semakin kukuh sekiranya kenaikan harga bersambung pada awal minggu ini dan melepasi zon SBR (support become resistance) 1.39000-1.39200.
Namun, Pound memerlukan faktor yang lebih kukuh untuk menyokong kenaikannya tanpa mengharapkan penyusutan US dolar semata-mata.
Sekiranya kenaikan berjaya tembusi zon tersebut, sasaran kenaikan seterusnya bakal tertumpu semula pada zon SBR 1.40000 yang diuji pada penghujung Jun lalu.
Sebaliknya, jika situasi kenaikan hanyalah disebabkan aktiviti pengambilan untung (profit-taking) dan harga bakal menyambung semula penurunan pada minggu ini, paras support mingguan sekitar 1.37400 akan kembali dituju harga.
Penurunan lebih rendah boleh mencecah ke paras 1.37000 yang menjadi zon support menyokong kenaikan harga pada dagangan Mac dan April lalu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI