Lonjakan Emas Gegar Pasaran!

4,573

Harga emas meningkat menghampiri paras tertinggi satu bulan setelah diperlihatkan dengan data inflasi AS yang memberangsangkan, selain turut mendapat keuntungan daripada kemerosotan matawang USD dan hasil bon AS.

Pada awal sesi Asia, logam berharga itu diperdagangkan lebih tinggi pada $1,793 per auns setelah melonjak 2% pada sesi sebelum ini. Sementara niaga hadapan emas pula sedikit susut pada $1,792 per auns.

Indeks harga pengguna (CPI) AS menunjukkan peningkatan pada bulan September, di tengah penggunaan yang semakin meningkat dan kekangan bekalan, sekali gus memberi tekanan buat pentadbiran Biden dan Federal Reserve (Fed) untuk menyelesaikan masalah gangguan rantaian bekalan yang membebankan pertumbuhan ekonomi.

Laporan minit mesyuarat FOMC pula mempamerkan kesediaan para pembuat dasar Fed untuk memulakan pengurangan pembelian aset bulanannya tidak lama lagi, seperti yang diperkatakan ketika mesyuarat berlangsung sebelum ini.

Bagaimanapun, US dolar memaparkan reaksi sebaliknya dengan terus didagangkan menyusut seiring dengan kemerosotan hasil bon AS 10 tahun.
Ini sekali gus memberi peluang buat dagangan logam kuning emas untuk melonjak lebih tinggi pada sesi New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat