Lonjakan Harga Minyak Mengubat Luka Berdarah Matawang Ringgit

134

Ringgit didagang rendah berbanding US Dollar berikutan kekurangan permintaan bagi matawang tersebut.

Pasaran matawang tempatan menjalani minggu dagangan yang agak pendek pada minggu lepas berikutan cuti 2 hari sempena Hari Raya Aidil Adha dan Sambutan Hari Malaysia.

Pelabur pasaran minyak juga seolah-olah memulih hari ini berikutan jangkaan pembekuan output oleh OPEC semakin menguasai pasaran.

Harga minyak yang kukuh boleh mengurangkan kelemahan ringgit melawan US Dollar. Matawang gergasi itu akan diberi nafas baru minggu ini seiring mesyuarat dasar kewangan Fed yang bakal dijalankan pada minggu ini.

Ringgit diniaga rendah berbanding Dollar Singapura dan Yen, manakala, matawang tempatan itu menguat berbanding Pound British dan euro pada penghujung minggu lepas.

 

Jangan terlepas event penting minggu ini. Lepas baca artikel ini, decide siap siap sama ada anda mahu trade atau tidak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat