Lonjakan Saham Dalam Bursa Amerika Syarikat Mendorong Peningkatan Dalam Bursa Asia

451

Saham Asia mula mengukuh pada hari ini pada awal sesi dagangan setelah bursa Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi.

Semalam, indeks S&P 500 dan Dow mencatat penyusutan harian terbesar dalam tempoh enam tahun. Hampir 1000 mata jatuh dariapda paras tertinggi pada hari Selasa.

Pada hari ini (Selasa waktu US) indeks Dow Jones ditutup tinggi dengan mencatat peningkatan 2.33%. Indeks S&P 500 juga naik iaitu sebanyak 1.74%. Indeks Nasdaq naik sebanyak 2.13%.

Di Asia, pasaran mula membuat lonjakan,. Indeks saham Nikkei, Jepun mencatat peningkatan melebihi 2%. Sementara di Australia, S&P/ASX 200 melonjak naik 1.06%.

Syarikat-syarikat Jepun seperti Softbank, Meiji Holdings, dan Subaru semuanya mencatat peningkatan dalam saham.

Indeks Hang Seng naik 2.36% setelah jatuh lebih dari 5% pada hari Selasa. Indeks Shanghai Composite Index naik 1.25%.

Pelabur masih lagi berhati-hati dan memberi tumpuan pada bursa saham Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat