Loonie Kekal Lemah, USD/CAD Uji Zon Resistance Minggu Lalu

330

Perkembangan rundingan dagang yang meningkatkan risiko dalam pasaran turut sama mempengaruhi pergerakan semasa harga minyak mentah pasaran.

Pelabur mula berwaspada selepas laporan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan China berkemungkinan akan menangguhkan perjanjian perdagangan fasa pertama sehingga Disember, yang pada awalnya dikatakan akan ditandatangani pada bulan ini.

Harga minyak mentah pada Khamis kekal lemah berikutan sentimen pasaran berisiko melibatkan ketidaktentuan pada perjanjian dua negara pengguna minyak terbesar dunia itu.

Selain itu juga, bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang mencatatkan peningkatan kepada 7.9 juta tong pada minggu lalu turut menjadi faktor penurunan harga minyak mentah dalam pasaran.

Sementara negara OPEC dan juga bukan-OPEC yang dilihat tidak mematuhi tindakan pengurangan bekalan menambahkan lagi tekanan terhadap pasaran minyak.

Dengan itu, matawang dolar Kanada yang sensitif terhadap pasaran minyak mentah menunjukkan penurunan menuju ke penghujung minggu ini.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD bergerak membuat kenaikan sejak dua hari yang lalu menuju zon resistance minggu sebelumnya ekoran penyusutan Loonie.

Harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) semalam telah bergerak melepasi paras ketinggian 1.31800 lebih tinggi daripada lonjakan harga pada hari sebelumnya.

Pada dagangan hari ini pula, menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah harga berlegar di zon resistance di bawah paras penting 1.32000.

Jika harga berjaya membuat kenaikan menembusi paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru mengatasi ketinggian yang dicapai minggu lalu.

Namun jika paras resistance tersebut gagal ditembusi, harga bakal kembali membuat penurunan berkemungkinan ke paras 1.31400 atau 1.31200.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat