Lumayan Betul Tawaran EU! Tapi PM Johnson Nak Terima Ke?

289

Kesatuan Eropah (EU) telah mengemukakan rancangannya yang akan membatalkan 80% pemeriksaan terhadap makanan yang memasuki Ireland Utara dari Britain.

Pesuruhjaya Brexit Eropah, Maros Sefcovic membentangkan cadangan baru tersebut ketika sidang media pada Rabu, dalam usaha untuk mencapai kesepakatan dengan kerajaan UK dalam isu protokol Ireland Utara.

Sefcovic juga mengumumkan pemeriksaan kastam terhadap barang-barang perkilangan akan dikurangkan 50%sebagai sebahagian daripada perubahan besar untuk meredakan masalah sempadan pasca-Brexit.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan bertemu dengan Menteri Brexit UK, David Frost yang telah menuntut perubahan dalam protokol Ireland Utara pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat bahawa Perdana Menteri UK, Boris Johnson berkemungkinan akan menolak rancangan tersebut untuk mendapat rundingan semula protokol Ireland Utara.

Sefcovic memberi tempoh selama tiga minggu untuk mengadakan perbincangan mengenai cadangan ini.

Namun, beliau secara tegas mengatakan bahawa EU tidak akan merundingkan semula asas-asas perjanjian yang meletakkan Ireland Utara dalam pasaran tunggal, yang dikawal oleh Mahkamah Keadilan EU (ECJ) dan menghapuskan sempadan kastam di Laut Ireland.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat