LUNA 2.0 Jatuh 70% Dalam Seminggu, Do Kwon Hadkan Tatapan Akaun Twitter!

886

Harga Terra 2.0 (LUNA) jatuh ke paras terendah sepanjang masa iaitu pada paras harga $3 pada hari Rabu, turun hampir 70% dalam seminggu. Pasaran semakin berhati-hati dengan penyiasatan berterusan terhadap Terraform Labs dan Do Kwon, dan keyakinan pelabur yang kian lemah dilihat menjadi faktor utama yang mendorong harga turun.

Harga Terra 2.0 (LUNA) sebelum ini berjaya pulih ke paras $10 pada 31 Mei walaupun selepas jatuh 80% pada hari penyenaraiannya pada 28 Mei. Namun setelah itu, berdasarkan prestasi LUNA, ia gagal untuk pulih dan menurun secara berterusan.

Hari ini, harga LUNA telah menjunam ke paras terendah sepanjang masa, jatuh 20% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Tekanan dalam pasaran pada minggu lepas membuatkan kebanyakan orang menjual token airdrop LUNA mereka sebelum ianya kehilangan nilai. Token Terra 2.0 telah jatuh hampir 70% dalam masa seminggu sahaja, mewujudkan FUD dalam kalangan pelabur.

Rentetan perkara ini, ramai dalam kalangan pelabur LUNA kecewa dan meluahkan rasa tidak puas hati terutamanya kepada Pengasas Terra, Do Kwon. Do Kwon akhirnya mengambil tindakan  menghadkan tatapan profil Twitternmya dengan ‘private’kan profil beliau. Ini hanya membenarkan pengikutnya membaca dan membalas tweet beliau. Ramai yang berpandangan bahawa pelan kebangkitan Terra 2.0 gagal menarik pelabur dan komuniti kripto.

Berdasarkan indikasi teknikal, LUNA 2.0 boleh merosot di bawah $1.5 dalam beberapa hari. Di tambah pula, jumlah dagangan telah menurun dengan ketara, yang menunjukkan pelabur telah kehilangan minat terhadap token tersebut.

Sementara itu, Terra Classic (LUNC) turun 15%, dengan didagangkan sekitar $0.000062. Harus dimaklumi bahawa kerugian LUNA juga berlaku di tengah-tengah penurunan yang lebih besar dalam pasaran kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat