Lupakan ETH, Sekarang Rakyat AS Lagi Suka Melabur Dalam XRP!

1,065

“Sejak kebelakangan ini prestasi XRP sangat mengagumkan, tapi adakah ia akan bertahan lama?”

Mata wang kripto Ripple (XRP) semalam telah memberi kejutan apabila harganya berjaya menembusi paras $0.73 sebelum menjunam semula sehingga $0.65 pada awal pagi ini tetapi naik kembali dalam masa beberapa minit sahaja.

Stuart Alderoty, Ketua Pegawai Undang-undang Ripple yang memberi sokongan kuat terhadap XRP telah menyebabkan lebih ramai rakyat Amerika Syarikat (AS) berminat bagi melabur dalam aset digital tersebut.

Menerusi pemerhatian, penduduk di 48 daripada 50 negeri di AS lebih berminat XRP berbanding Ethereum (ETH) di mana Nevada, Delaware, Montana, Louisiana dan Arizona merupakan sebahagian daripada wilayah yang paling banyak suka XRP.

Sebahagian daripada minat itu mungkin muncul sejurus selepas Hakim Analisa Torres memutuskan XRP bukanlah sekuriti yang seterusnya membawa pada kejelasan peraturan dan menyebabkan banyak bursa kripto menyenaraikan semula XRP.

Suka dimaklumkan bahawa minat institusi dalam XRP di AS semakin meningkat apabila aset digital tersebut dilaporkan telah memeterai perjanjian bersama pelbagai firma gergasi AS untuk membangunkan kembali kedudukannya yang sudah terkesan disebabkan pertikaian undang-undang.

Jadi di sini dapat dilihat XRP bukan sahaja akan menyaksikan kenaikan harga ketara malah mampu bina rekod prestasi mengagumkan di luar negara sekiranya bank-bank utama di AS mula menggunakan aset digital itu untuk menyelesaikan urus niaga rentas sempadan.

XRP juga dilaporkan menikmati pengikut ramai di rantau Asia terutamanya di Jepun susulan negara tersebut sebelum ini telah menyumbang paling banyak pada volum dagangan aset digital tersebut.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP melonjak sebanyak 0.86% pada paras $0.68 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $36 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 19.20% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat