Maanntaapp! Strategi ‘Pump’ XRP Berjaya Dengan Lonjakan 56%

3,273

Matawang kripto, XRP menyaksikan lonjakan pada Sabtu, dipercayai didorong oleh plot yang sama seperti lonjakan saham GameStop (GME) baru-baru ini.

Berdasarkan data, matawang yang dibangunkan oleh Ripple itu telah melonjak ke paras tertinggi sebanyak 56% sejak 22 Disember 2020 kepada $0.51, menjadikan lonjakan terbesar dalam masa sehari sejak 21 Disember 2017.

Lonjakan tersebut rupanya berpunca daripada kumpulan Telegram dikenali Buy & Hold XRP (t.me/pumpxrp) dan akaun rasmi dengan nama yang sama, berbeza pautan (t.me/pumpxrpofficial) yang diwujudkan pada Sabtu, menyebabkan harga kripto itu menjadi mahal.

Berdasarkan maklumat di dalam kedua-dua ruang sembang itu, pump XRP dijangka akan bermula pada hari ini, 1 Februari 2021 jam 8:30 AM EST (9:30 malam waktu Malaysia).

Idea pump matawang kripto bukanlah sesuatu yang baru dalam sektor ini. Lonjakan saham GME yang berkait rapat dengan r/wallstreetsbets telah membawa keyakinan para pelabur kripto terutama XRP untuk berbuat demikian.

Dengan jumlah peminat yang tinggi, maka tidak mustahil harga XRP berjaya melonjak ke paras tertinggi setelah berminggu-minggu mencatatkan rekod mendatar.

Untuk pengetahuan, saham GME telah melonjak lebih 400% pada minggu lepas dan matawang kripto Dogecoin (DOGE) juga meningkat sekitar 800% sehari sebelum lonjakan XRP kerana strategi yang sama.

Ketika penulisan, XRP meningkat sebanyak 11.64% kepada $0.48 dalam 24 jam. Penganalisis menjangkakan lonjakan ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat