Macam Mana Kripto Boleh Bantu Tangani Ketidaksamaan Pendapatan Global?

253

Sejak beberapa dekad lalu, ketidaksamaan pengagihan kekayaan secara global menjadi lebih ketara.

Misalnya, 10% rakyat Amerika memegang hampir 70% kekayaan di Amerika Syarikat(AS). Ini bermaksud 90% negara hanya membawa pulang 30% daripada kekayaan.

Oleh demikian, analisis ini melihat bagaimana mata wang kripto dapat membantu merapatkan jurang ketidaksamaan pendapatan.

Bagaimanakah kripto boleh menyelesaikan kesaksamaan pendapatan?

  • Mata wang kripto memberikan pengguna kemudahan akses kepada alat kewangan serta kaedah pengiriman wang yang lebih berpatutan.

  • Contohnya, stablecoin seperti US Coin (USDC) dan Tether (USDT) membenarkan penerima untuk menerima lebih banyak dana yang dipindahkan tanpa pengantara mengambil potongan dalam bentuk yuran pemindahan.

  • USDC berharga $3 hingga $5 untuk dihantar pada Ethereum (ETH) dan kurang daripada $0.01 pada rantaian Pintar BNB, Tron dan Cardano blockchain.

  • Ahli keluarga dapat menghantar wang pulang dengan lebih kerap disebabkan yuran sangat rendah dan masa transaksi sangat cepat.

  • Bitcoin (BTC) serta stablecoin menyediakan banyak kemudahan kepada pasaran baru muncul

  • Pengguna dalam pasaran yang sudah maju atau sedang pesat membangun boleh mendapatkan manfaat daripada BTC serta aset digital apabila terlibat dalam pembayaran rentas sempadan.

  • Aset digital dapat membina ke arah budaya kewangan baharu yang lebih matang dan meningkatkan keselamatan penggunanya.

Akses yang lebih mudah kepada sistem pembayaran

  • Teknologi blockchain membolehkan pengguna menerima pembayaran tanpa memerlukan perantara seperti bank.

  • Pengguna hanya perlu mengawal wallet kripto sendiri bagi menerima pampasan terus daripada pengguna lain.

  • Mata wang kripto cuma memerlukan wallet dan sambungan internet untuk seseorang mendaftar dan berurus niaga.

  • Mengurangkan ketidaksamaan pendapatan dengan memberi sesiapa sahaja akses kepada produk kewangan yang sama agar mereka boleh meraih ganjaran daripada aset tersebut.

  • Pemasangan ATM Bitcoin memudahkan pengguna yang tidak mempunyai bank untuk membeli dan menjual kripto.

  • Wallet kripto memudahkan pekerja memperoleh pendapatan dalam talian serta menghantar dan menerima pembayaran, malah sesetengah wallet membenarkan pengguna menerima pembayaran melalui nama pengguna dan bukannya alamat kripto alfanumerik.

Akses mudah kepada alat kewangan

  • Mata wang kripto membantu mengurangkan jurang kekayaan dengan menyediakan akses alat kewangan kepada pengguna secara meluas.

  • Kewangan terdesentralisasi (DeFi) membolehkan pengguna melibatkan diri dengan protokol kewangan seperti staking, yield farming termasuklah platform pinjaman hanya perlu menggunakan wallet mereka.

  • Memudahkan pengguna berpendapatan rendah memperoleh faedah ke atas pegangannya serta meminjam atau memberi pinjam wang.

  • DeFi menyediakan kecairan pada pertukaran terdesentralisasi dan memperoleh peratusan token yang didagangkan sebanyak 20% dengan membuat staking stablecoin.

Mata wang yang tahan inflasi

  • Mata wang kripto seperti BTC bersifat deflasi, maksudnya bekalannya berkurangan dari semasa ke semasa termasuklah meningkatkan nilai dan kuasa perbelanjaannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat