Macam Ribut Saham Ini

892

Saham-saham Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melonjak sebanyak 17% susulan pelantikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB), Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai CEO kumpulan baharunya.

Pada jam 11.25 pagi, saham-saham syarikat itu meningkat tiga sen kepada 21 sen, sekali gus menjadikannya antara 10 kaunter paling aktif di Bursa Malaysia.

Lapor Bernama, kira-kira 153.5 juta saham produk industri dan perkhidmatan itu saling berpindah tangan dalam sesi awal dagangan tersebut.

Semalam, BCorp dalam kenyataannya berkata, Abdul Jalil diberi mandat untuk meneliti semula struktur korporat BCorp, mengoptimumkan kewangan dan sumber manusia, meningkatkan sinergi dan kecekapan serta aspek tadbir urus korporat dan ketelusan.

Beliau juga diberi kepercayaan untuk memperkemas pelbagai perniagaan kumpulan bagi mewujudkan dan meningkatkan nilai pemegang saham serta mentransformasi BCorp sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi.

Abdul Jalil mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan dan kepimpinan perniagaan selain pernah berkhidmat di United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura dengan firma pelaburan global, Aberdeen Standard Investments serta Invesco Ltd.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat