‘Made In USA’ – Donald Trump Mahu Semua Baki BTC Dibuat Di Amerika

305

“Wow bukan biasa-biasa, Trump macam dah jadi peminat tegar kripto ni.”

Demi membantu negara menjadi dominan tenaga, calon presiden Republikan Donald Trump pada dua hari lepas menegaskan sesungguhnya beliau ingin semua baki mata wang kripto Bitcoin (BTC) dibuat di Amerika Syarikat (AS).

Mining BTC adalah pertahanan terakhirnya terhadap Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC), ulas Trump sambil menambah kebencian Joe Biden terhadap BTC hanya membantu China, Rusia dan Radical Communist Left.

Jadi di sini dapat dilihat Trump berhasrat melihat lebih banyak firma AS melakukan mining BTC menggunakan sumber tempatan, di mana hotspots mining semasa ialah China, negara Asia Tengah, El Salvador dan beberapa negara Eropah seperti Jerman.

Selain memberitahu para hadirin di acara Mar-a-Lago bahawa miners bantu menstabilkan bekalan tenaga grid, Trump yang merupakan calon presiden pertama menerima sumbangan kripto telah bertemu dengan eksekutif firma mining BTC disenaraikan di Nasdaq iaitu CleanSpark Inc dan Riot Platforms.

Umum mengetahui bekalan BTC dihadkan pada 21 juta yang dijadualkan untuk mining sepanjang tahun 2140 dan sehingga kini, 90% daripada bekalan telah mining.

Pada sisi berbeza, Trump didedahkan memegang jumlah lapan angka dalam pelbagai memecoin melalui airdrop harian daripada pembangun projek memecoin berbeza yang sejak kebelakangan ini semakin meningkat.

Suka dimaklumkan pembangun beberapa memecoin yang menghantar token ke address Ethereum (ETH) awam Trump telah berjaya meningkatkan portfolio digital beliau secara ketara sehingga melepasi $10 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat