Maghribi Bersedia Bangunkan Pasaran Kripto!

73

“Harap-harap dengan adanya undang-undang kripto, orang tidak ambil kesempatan lagi.”

Negara Maghribi atau Morocco bakal melancarkan rang undang-undang mata wang kripto pertamanya setelah diluluskan oleh Bank Negara sebelum diteruskan dengan perbincangan bersama pihak berkepentingan.

Menurut Abdellatif Jouahiri, Gabenor Bank Pusat Morocco yang digelar Bank Al-Maghrib (BAM) telah bekerjasama dengan Penguasa Pasaran Modal Morocco (AMMC) termasuk Pihak Berkuasa Penyeliaan Insurans dan Keselamatan Sosial (ACAPS) untuk pelaksanaan undang-undang kripto.

Tambahnya lagi, BAM bergabung tenaga dengan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia untuk mengusahakan dokumen berkenaan rang undang-undang itu.

Sementara pegawai Morocco bertindak menghubungi bank pusat Perancis, Sweden dan Switzerland untuk menyelidik sistem kawal selia mereka terhadap aset digital.

Sungguhpun butiran rang undang-undang tidak didedahkan lagi, objektif utama draf tersebut digubal adalah untuk melindungi pelabur daripada sebarang penipuan.

Suka dimaklumkan juga bahawa Morocco merupakan salah satu negara yang telah mengembangkan pasaran kripto mereka di Afrika Utara sejak tahun 2022 dengan peningkatan sebanyak 3.1% daripada 2.4%.

Antara kawasan yang paling terdedah kepada kripto adalah di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) dengan jumlah transaksi sebanyak $566 bilion dalam jangkaan masa Julai 2021 hingga Jun 2022, dimana lonjakannya ialah sekitar 48%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat