Mah Sing Peroleh Lesen Eksport Sarung Tangan

273

Mah Sing Healthcare Sdn. Bhd iaitu anak syarikat milik penuh pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd, memperoleh lesen perniagaan dan permit lain yang berkaitan untuk pengeksportan sarung tangan.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, syarikat itu telah memulakan operasi kilang pembuatan sarung tangannya di Kapar, Klang dan menambah penghantaran sarung tangan pertama dijangka bermula pada bulan ini atau bulan hadapan.

“Syarikat ini telah memperoleh bahan mentah yang mencukupi untuk memenuhi pesanan dan minat daripada pembeli dan pengedarnya, yang terutamanya untuk pasaran seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Asia Barat, Eropah, United Kingdom (UK), Jepun, China, Korea, Singapura, Rusia dan Amerika Latin,” ujar kenyataan berkenaan seperti dilaporkan oleh Bernama.

Tambah Mah Sing Healthcare, syarikat itu juga telah menerima lesen eksport daripada Lembaga Getah Malaysia, sekali gus memudahkan perniagaan eksport untuk operasi pembuatan sarung tangan firma terbabit.

Selain itu, syarikat tersebut turut memperoleh dua lesen penubuhan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) untuk Sarung Tangan Pemeriksaan Pesakit Polimer Nitril dan Sarung Tangan Pemeriksaan Pesakit Lateks daripada FDA AS.

Ujar kenyataan itu lagi, syarikat berkenaan turut membuat kemajuan yang baik dalam memperoleh FDA 510 (k) Premarket Notication’ dan ‘Conformitè Europëenne (CE) Marking’ untuk eksport ke pasaran AS dan Eropah.

“Kejayaan ini menempatkan Mah Sing dalam kalangan beberapa peserta sarung tangan baharu pertama di Malaysia yang memulakan pengeluaran sarung tangan untuk memenuhi permintaan pasaran dengan segera,” katanya.

Jelas Mah Sing, pelaksanaan usaha penerokaan sarung tangannya mengikut jadual kerana enam barisan pengeluaran akan beroperasi pada suku kedua tahun ini, diikuti oleh enam lagi barisan pengeluaran pada suku ketiga.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat