Mahkamah Berikan ‘Green Light’ Kepada AirAsia X!

445

Yahooo, ‘Green Light’ sudah dapat! 

Rancangan penstrukturan semula hutang AirAsia X (AAX ) bernilai RM33.65 bilion hanya akan dilaksanakan selepas menerima kebenaran oleh pihak mahkamah.

AirAsia X telah diberi kebenaran oleh Pesuruhjaya Kehakiman Ong Chee Kwan di Mahkamah Tinggi pada Khamis bertarikh 16 Disember selepas mendengar hujah pada Selasa.

AAX telah memohon kebenaran tersebut di bawah Seksyen 366 Akta Syarikat 2016.

Dalam pemfailan Bursa, AAX menyatakan mereka mencadang penstrukturan semula hutang mereka selepas penyerahan perintah dengan Pendaftar Syarikat Malaysia.

Terdahulu, AAX telah mengadakan mesyuarat pada 12 November bersama dengan pemiutang skimnya bagi mengundi rancangan penstrukturan yang menerima 99% sokongan dari pemiutang yang mengundi.

Pada Oktober lalu, syarikat itu mencadangkan untuk memasukkan semula RM63.5 bilion hutangnya menjadi pengakuan keberhutangan untuk jumlah prinsipal sehingga RM200 juta dengan mengurangkan 99.9% daripada modal saham terbitannya serta cadangan penyatuan saham setiap 10 saham sedia ada dalam AAX menjadi 1 saham.

Angka RM63.5 bilion tersebut akan dikurangkan kepada RM33.65 bilion selepas bukti pelaksanaan hutang yang dijalankan oleh AAX menentukan dan memuktamadkan senarai pemiutang skim dan nilai jumlah skim mereka.

Ekoran penstrukturan semula hutang tersebut, AAX turut mencadangkan terbitan hak boleh tolak saham baharu utnuk memperoleh hasil kasar sehingga RM300 juta daripada pemegang saham sedia ada dan terbitan peruntukan saham AAX baharu utnuk mengumpul RM200 juta lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat