Mahkamah Jerman Perintah Facebook Hentikan Eksploitasi Data Pengguna

259

Pada Selasa, mahkamah tinggi Jerman telah mengeluarkan arahan kepada Facebook untuk mengekang semua aktiviti pengumpulan data dari pengguna mereka.

Jerman berada di barisan hadapan global dalam serangan ke atas Facebook yang kini menerima banyak kritikan mengenai platform tersebut digunakan sebagai penyebaran maklumat berkaitan politik.

Keputusan ini dilakukan berdasarkan pandangan asal oleh Pejabat Kertel Persekutuan (FCO) berkenaan penyalahgunaan Facebook terhadap dominasi pasarannya untuk mendapatkan maklumat mengenai pengguna tanpa persetujuan mereka.

Sebelum ini pada 2019, FCO telah mengarahkan perintah yang sama ke atas Facebook tetapi dirayu oleh syarikat media sosial itu.

Ketika itu Facebook dikaitkan dengan isu pengumpulan data pengguna dari aplikasi pihak ketiga termasuk Whatsapp dan Instagram dan menjejaki mereka yang tidak mempunyai akaun melalui butang ‘suka’ dan ‘kongsi’ Facebook.

Susulan daripada itu, Facebook hanya dibenarkan untuk mendapatkan maklumat daripada WhatsApp atau Instagram untuk aplikasi Facebook jika pengguna bersetuju. Sebaliknya berlaku jika pengguna memilih untuk tidak bersetuju.

Presiden FCO meluahkan kelegaan terhadap keputusan yang dibuat. Menurutnya jika maklumat yang dikumpul dieksploitasi secara haram, tidak mustahil jika tindakan anti-kepercayaan akan diambil kerana jenayah penyalahgunaan dominasi pasaran.

Sementara itu, jurucakap Facebook bertegas dengan pendirian mereka bahawa tiada antikepercayaan yang berlaku, tiada sebarang perubahan akan dilakukan ke atas pengguna dan bisnes yang menggunakan produk dan servis mereka di Jerman.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat