Mahu Bergabung Dengan Kripto, CEO Discord Diserang & Diugut Komuniti

460

Komuniti Discord cemuh industri kripto menerusi keputusan yang diambil oleh pengasas bersama dan CEO Discord, Jason Citron baru-baru ini.

Ia bermula selepas Citron memberi hint mahu integrasikan wallet kripto, MetaMask dengan Discord melalui satu perkongsian balas twit CEO Not Boring, Packy McCormick di Twitter pada 9 November.

Walaupun khabar ini membawa keterujaan komuniti kripto, tetapi tidak bagi pihak komuniti Discord yang menggesa Citron untuk melupakan cita-cita penyatuan platform itu dengan wallet kripto.

Malah, terdapat segelintir komuniti Discord yang mengugutnya untuk batalkan langganan Nitro, termasuk melabel non-fungible token (NFT) adalah skim Ponzi dan merosakkan alam sekitar kerana penggunaan tenaga yang tinggi untuk melombong matawang kripto.

Ekoran daripada itu, Citron sekali lagi memuatnaik twit balas pada 11 November yang berbunyi:

“Kami tiada perancangan semasa untuk melaksanakan konsep ini. Buat masa sekarang kami sedang menfokuskan perlindungan pengguna daripada isu spam dan penipuan. Web3 memiliki banyak manfaat tetapi pada masa yang sama banyak isu yang perlu kami perhalusi.”

Sebagai rekod, Web 3.0 boleh dianggap sebagai era baharu internet yang mana akan menggabungkan blockchain dengan matawang kripto.

Di sini akan bermulanya perubahan terhadap media sosial, perdagangan, permainan (games), dan banyak lagi melalui integrasi berterusan dan kebolehannya untuk menghantar nilai secara digital.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat