Majlis Fatwa Perlis Umum Zakat Dikenakan Ke Atas Bitcoin?

859

Pada tahun lalu, isu forex trading ada dibentangkan di dewan parlimen di mana Dato Sri Shahidan Kassim menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan rancangan mengiktiraf urusniaga forex di Malaysia kerana dipercayai dapat menjana pendapatan untuk negara.

Terkini, matawang kripto juga turut mendapat perhatian di mana Majlis Fatwa Perlis telah memutuskan untuk sebarang aset digital seperti Bitcoin perlu dikenakan zakat apabila cukup syarat.

Syarat yang dinyatakan adalah sekiranya ia cukup haul (jangka masa simpanan) dan nisab (kadar yang diwajibkan) akan dikenakan zakat untuk sebarang pemilikan aset digital.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Jawatankuasa Majlis Fatwa Perlis dalam keputusannya Julai lalu memutuskan syarat tersebut dan zakat aset digital ini dikenakan di atas sifatnya sebagai barang dagangan atau Urudh al-Tijarah.

Sebelum ini, masyarakat masih keliru berkenaan pembayaran zakat aset digital dan menyebabkan ramai pemilik Bitcoin tidak mengeluarkan zakat walaupun sudah mencukupi syarat.

Pembayaran boleh dilakukan dalam bentuk tunai atau dalam unit bitcoin itu sendiri.

Untuk pengiraan zakat Bitcoin, nilai terendah unit Bitcoin dalam tempoh 1 tahun akan didarabkan denan bilangan unit Bitcoin dan kemudian akan ditambahkan dengan hasil keuntungan yang dijana sepanjang tahun. Jumlah tersebut akan didarabkan dengan 2.5%.

Namun begitu, matawang kripto masih lagi dalam kajian dan pemantauan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad turut menyatakan bahawa Johor akan turut mengeluarkan fatwa jika sudah ada penetapan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jakim di mana pelaksanaannya akan diselaraskan bersama negeri-negeri yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat