Makin Gembira Pedagang Minyak, Emas Hitam Bakal Melonjak

618

Dagangan minyak mentah menyambut baik data yang diterbitkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) yang merekodkan penurunan dalam inventori minyak mentah AS pada minggu lepas.

Inventori minyak mentah AS jatuh sebanyak 6.8 juta tong pada minggu lalu kepada 531 juta tong, jauh tersasar daripada jangkaan pasaran untuk meningkat 357,000 tong, menurut persatuan perdagangan minyak, API.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 30 sen kepada $43.92 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula naik 26 sen kepada $41.31 setong.

Tumpuan pedagang seterusnya akan beralih kepada data inventori minyak mentah AS oleh agensi kerajaan, Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA).

Dagangan komoditi hitam yang biasanya terkesan dengan berita mengenai peningkatan kes Covid-19, bagaimanapun telah mengabaikan laporan mengenai lonjakan kes baru yang disahkan di China.

China dilaporkan telah merekodkan kenaikan harian tertingginya dalam tempoh 3 bulan, dengan peningkatan sebanyak 101 kes baru jangkitan Covid-19 pada 28 Julai.

Walau bagaimanapun, penangguhan dalam usaha mencapai kesepakatan pakej rangsangan baru AS, telah membantutkan peningkatan dagangan komoditi hitam untuk naik lebih tinggi dengan perbincangan antara Republik dan Demokrat disebabkan perbezaan pendapat.

Tekanan untuk mencapai kesepakatan semakin bertambah memandangkan bantuan faedah pengangguran (pakej rangsangan peringkat awal) yang diagihkan $600 setiap minggu akan berakhir pada Jumaat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat