Makin Jauh Pula Emas Jatuh!

1,608

Emas kembali mengubat luka setelah ditolak jatuh ke bawah paras harga $1,800 per auns pada sesi sebelum ini, disebabkan kenaikan hasil bon AS yang lebih tinggi dan pengukuhan US dolar.

Pada pembukaan sesi Asia, logam berharga itu didagangkan pada $1,796 per auns, naik sedikit dari paras terendah satu minggu yang dicapainya sebelum ini pada $1,791 per auns. Niaga hadapan emas pula stabil di sekitar harga $1,799 per auns.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat melepasi tahap tertinggi sejak Ogos pada tahap 1.38% pada sesi New York, mendorong logam kuning emas menjunam lebih rendah.

Dolar greenback juga meningkat ke paras ketinggian satu minggu susulan hasil bon yang lebih tinggi, selain turut disokong oleh kesuraman dalam pasaran saham AS ketika kebimbangan terhadap varian delta membebankan prospek pertumbuhan ekonomi.

Pasaran kini mengalihkan tumpuan pada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang akan memberikan strategi beliau pada hari Khamis yang bertujuan untuk memerangi penularan varian coronavirus delta dan meningkatkan vaksinasi.

Di samping itu, mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) turut menjadi tumpuan kerana pelabur mengharapkan petunjuk dari bank pusat untuk pengurangan dalam pembelian bon pandemiknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat