Makin Parah! Kes Covid-19 China Tertinggi Sejak 2020

369

China merekodkan jumlah kes coronavirus harian tertinggi sejak wabak itu melanda walaupun langkah kawalan yang ketat terus dilaksanakan di negara itu.

Antara bandar-bandar utama yang terkesan dengan wabak ini adalah ibu kota Beijing dan hab perdagangan di selatan Guangzhou.

Pada hari Rabu, negara itu merekodkan 31,527 kes, melepasi puncak 29,317 yang dicatatkan pertengahan April lalu ketika penutupan (lockdown) dilaksanakan di Shanghai.

Penularan wabak semakin meluas selepas negara itu memberi sedikit kelonggaran pada beberapa sekatan Covid-19.

Ia mengurangkan tempoh kuarantin untuk close contact daripada 7 hari kepada 5 dan 3 hari di rumah, dan menghentikan keperluan rekod hubungan sekunder yang membolehkan lebih ramai orang mengelak dari terpaksa dikuarantinkan.

Pihak berkuasa juga berusaha untuk mengelak daripada menguatkuasakan sekatan menyeluruh seperti yang dialami Shanghai pada awal tahun ini.

Namun, berhadapan dengan lonjakan baharu dalam kes di Beijing serta kematian pertama dalam beberapa bulan, mereka terpaksa mengenakan semula beberapa sekatan di daerah yang terkesan.

Ini disusuli dengan penutupan bandar Zhengzhou yang akan menjejaskan 6 juta penduduk mulai Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat