Makin Rendah, Pelabur Terus Melepaskan USD!

1,112

US dolar terus tergelincir lebih rendah ketika tumpuan pasaran kini beralih kepada penerbitan data PMI pembuatan tinjauan ISM pada sesi New York.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar diperdagangkan pada 105.45, hampir ke paras terendah satu bulan.

Pelabur terus melepaskan pegangan terhadap US dolar susulan isyarat yang diberikan Federal Reserve (Fed) untuk memperlahankan kadar kenaikan dalam kadar faedah.

Mata wang yen memanfaatkan peluang ini untuk meningkat lebih tinggi ke paras ketinggian enam minggu berbanding US dolar.

Safe-haven yen turut disokong oleh pertumbuhan Amerika Syarikat yang menunjukkan penguncupan pada suku kedua pada tahun ini.

Sementara itu, penerbitan data pembuatan dari China pada awal minggu yang menyuramkan dilihat gagal mempengaruhi pergerakan dagangan mata wang utama.

Sebaliknya, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand meningkat lebih tinggi ke paras tertinggi satu bulan berbanding dolar greenback.

Menjadi tumpuan pelabur dolar Aussie pada masa ini adalah mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang dijangkakan meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Dalam pada itu, euro dan mata wang pound turut meningkat dengan masing-masing mendapat manfaat daripada kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat