Makin Suram, Bank Dunia Turunkan Lagi Unjuran Ekonomi Global

4,001

Ketidaktentuan yang semakin meningkat mendorong Bank Dunia untuk terus mengurangkan unjuran terhadap pertumbuhan globalnya untuk tahun ini dan memberi amaran banyak negara akan jatuh ke dalam kemelesetan.

Dalam unjuran terkini, Presiden Bank Dunia David Malpass memberitahu bahawa kebanyakan negara akan berdepan kesukaran untuk mengelak daripada kemelesetan.

Ekonomi global diunjurkan berkembang 2.9% pada tahun ini daripada 5.7% pertumbuhan yang dicatatkan pada 2021. Anggaran ini juga lebih rendah daripada ramalan awal yang dibuat pada Januari untuk pengembangan sebanyak 4.1%.

Menurut laporan terbaharu mengenai Prospek Ekonomi Global, pertumbuhan dijangka akan berlegar pada tahap yang sama sepanjang tahun 2023 hingga 2024 ketika inflasi kekal berada di atas sasaran kebanyakan ekonomi, menunjukkan kepada risiko stagflasi.

Malpass memberitahu faktor-faktor kesuraman ini adalah disebabkan oleh perang di Ukraine, penutupan Covid-19 di China, gangguan rantaian bekalan dan risiko stagflasi menjejaskan pertumbuhan.

Stagflasi, gabungan pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil dan inflasi yang tinggi, telah menjadi kebimbangan utama sejak kebelakangan ini.

Trend ini mengingatkan kepada peristiwa yang pernah terjadi sebelum ini, apabila kejutan minyak dan ekonomi yang lembap membawa kepada dua kemelesetan berlaku pada awal 1980-an.

Pertumbuhan dalam ekonomi negara maju diramalkan menurun secara mendadak kepada 2.6% pada 2022 daripada 5.1% yang dicatatkan pada 2021 sebelum berkurang lagi kepada 2.2% pada 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat