Malang Tidak Berbau Buat Coinbase! Pendapatan Sukuan Kedua Tidak Selari Dengan Rencana

124

Coinbase baru-baru ini telah berkongsi laporan pendapatan yang membimbangkan para pelabur dimana keadaan pasaran dilihat sebagai sebab utama di sebalik kejatuhan pendapatan.

Waima begitu, Coinbase memberi jaminan kepada para pelabur bahawa syarikat tersebut tidak berhadapan dengan apa-apa perkara yang terlalu membimbangkan. Coinbase menaikkan keyakinan pasaran bahawa mereka akan memastikan prospek perniagaan masa depan berubah menjadi lebih baik.

Namun nasib tidak menyebelahi Coinbase, pendapatan suku kedua baru-baru ini menunjukkan bahawa syarikat berhadapan dengan kerugian bersih suku tahunan terbesar sejak syarikat itu diumumkan di bursa saham NASDAQ. Coinbase telah mengesahkan kerugian bersih sebanyak $1.1 bilion dengan kerugian EBITDA sebanyak $151 juta.

Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa peningkatan dalam kos operasi Coinbase tetap berlaku walaupun syarikat itu telah memberhentikan 18% kakitangannya pada bulan Jun.

Oleh itu, ada kemungkinan kos operasi platform mungkin lebih tinggi daripada yang dimaklumkan kerana pasaran mempersoalkan pengecilan tenaga kerja sepatutnya telah mengurangkan kos dengan jumlah yang besar.

Laporan itu sebahagiannya mengaitkan garis bawah yang tidak memuaskan kepada penurunan 30% dalam jumlah dagangan sepanjang suku kedua yang membawa kepada kerugian dalam hasil transaksi keseluruhan sebanyak 35%.

Berdasarkan laporan tersebut,prospek masa depan mungkin tidak begitu suram. Penurunan jumlah dagangan bukan disebabkan oleh kerugian dalam dagangan bagi suku tersebut  menunjukkan Coinbase kehilangan 2% daripada pangkalan penggunanya.

Di sebalik apa yang sedang dihadapi oleh syarikat, wakil Coinbase kekal optimistik dan memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka mempunyai banyak sumber untuk memastikan operasi berjalan lancar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat