Malangnya Nasib Trump!

1,169

YouTube menyekat muat naik dan komen di saluran Presiden Donald Trump sekurang-kurangnya seminggu lagi ekoran kebimbangan keganasan menjelang pelantikan penggantinya, Joe Biden.

“Berikutan kebimbangan potensi berlakunya keganasan, saluran Donald Trump disekat daripada memuat naik video baharu atau siaran langsung selama minimum tujuh hari.

“Seperti yang telah kami kongsi sebelum ini, komen akan terus dinyahaktif daripada video di saluran itu,” kata syarikat induk Youtube, Google, dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh Bernama.

Saluran YouTube Trump telah disekat daripada memuat naik kandungan dan interaksi baharu dengan penonton selepas rusuhan 6 Januari di Capitol Hill Amerika Syarikat (AS), apabila penyokongnya menyerbu bangunan dewan perundangan persekutuan dalam usaha menghalang Perwakilan mengesahkan kemenangan pilihan raya Biden.

Trump dituduh menghasut kerana ucapan berapi-apinya berhampiran Capitol Hill, namun menafikan tuduhan tersebut.

Insiden buruk itu menyebabkan lima kematian dan puluhan lagi cedera.

Biro Penyiasatan Persekutuan memberi amaran minggu lalu mengenai tunjuk perasaan bersenjata yang dirancang pada upacara pelantikan Biden di Washington hari ini dan di semua 50 negeri AS. Ribuan pasukan ketenteraan dan penguat kuasa undang-undang telah dikerahkan untuk mengawal ibu kota.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat