Malangnya! Pendapatan UK Terjejas Teruk Meskipun Kadar Pengangguran Positif

310

Data pekerjaan UK menghiasi pembukaan sesi Eropah dengan bacaan yang memberangsangkan pada suku terakhir 2021.

Terbaharu, Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan kadar pengangguran UK kekal stabil pada 4.1% dalam tempoh tiga bulan sehingga Disember, tidak berubah dari angka yang dicatatkan sebelumnya. Ini sekali gus mengesahkan bahawa keadaan pasaran buruh yang lebih kukuh sehingga akhir tahun 2021.

Bagaimanapun, ekonomi UK menyaksikan pengurangan pekerjaan sebanyak 38,000 dalam tempoh Oktober sehingga Disember, menjadikannya kejatuhan terbesar sejak Februari tahun lalu iaitu ketika negara itu berada di bawah sekatan Covid-19.

Sementara itu, ONS turut menyatakan bahawa pendapatan tetap turun sebanyak 0.8%, menunjukkan taraf hidup di negara itu jatuh pada kadar terpantas hampir lapan tahun.

Purata gaji tidak termasuk bonus meningkat 3.6% daripada tahun sebelumnya, kurang daripada kenaikan harga pengguna. Selaras dengan inflasi, pendapatan jatuh 1.2% yang menjadikannya penurunan terbesar sejak 2014.

Hal ini dilihat bakal meningkatkan tekanan buat rakyat UK apabila bil tenaga dan cukai dijangka melonjak pada bulan April.

Susulan itu, pelabur kini menjangkakan bahawa Bank Pusat England (BOE) akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 2% menjelang akhir tahun ini dalam memerangi lonjakan inflasi.

Mata wang pound bagaimanapun gagal mendapat sokongan daripada bacaan ini, menyaksikannya terus didagangkan di bawah tekanan ekoran risiko geopolitik Rusia dan Ukraine yang terus membelenggu pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat