Malaysia Akan Pilih Vaksin Covid-19 Tahun Hadapan

231

Pemilihan vaksin Covid-19 bakal diputuskan oleh kerajaan pada awal tahun hadapan, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Ujar beliau, data daripada beberapa ujian klinikal vaksin Covid-19 akan dianalisis pada akhir tahun ini.

Katanya, kementerian kini sedang membincangkan mengenai implikasi undang-undang dan model pemilikan vaksin tersebut dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara.

“Kami juga dalam rundingan dengan syarikat farmaseutikal antarabangsa yang lain untuk mendapatkan bekalan secara terus tanpa perlu melalui pelan peruntukan Covid-19 Vaccine Global Access (COVAX).

“Saya juga meminta agar perjanjian dengan China diselesaikan secepat mungkin kerana kertas kerjanya hampir selesai,” menurut Khairy.

Tambah Khairy lagi, rundingan dengan COVAX mengenai penyertaan Malaysia dalam kemudahan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 yang diperlukan sedang berjalan.

“Kami masih membincangkan beberapa perkara dengan COVAX. Kami mahu mendapatkannya dengan lebih awal, jadi model pemilikannya sangat besar. Kami membayar untuk sesuatu yang masih belum wujud,” ujarnya.

Antara syarikat-syarikat yang telah memulakan ujian klinikal vaksin Covid-19 di peringkat akhir adalah Moderna, Pfizer dan BioNtech, AstraZeneca, University of Oxford dan Johnson & Johnson.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat