Malaysia Bakal Kenakan Tindakan Undang-undang Terhadap EU?

1,244

Malaysia yang merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Hal ini demikian kerana EU telah menjalankan sekatan terhadap biofuel berasaskan minyak sawit Malaysia malah ianya disifatkan sebagai tindakan diskriminasi.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali pada Rabu mengatakan bahawa tindakan EU itu telah menyekat amalan perdagangan bebas.

Polisi yang dipraktikkan oleh EU dalam Peraturan Delegasi di bawah Arahan II Tenaga Diperbaharui Kesatuan Eropah telah menciptakan sekatan yang tidak masuk akal terhadap perdagangan Malaysia.

Oleh yang demikian, Negara Asia Tenggara akan mengambil tindakan undang-undang terhadap EU melalui mekanisme penyelesaian pertikaian WTO. Selain itu, pengeluar terbesar minyak sawit Indonesia, Palm Indonesia telah mempertikaikan undang-undang itu di WTO pada bulan Disember, dengan menyifatkan sekatan blok itu tidak adil.

Seterusnya, Malaysia akan bertindak sebagai pihak ketiga dalam kes WTO di Indonesia sebagai tanda solidariti dan komitmennya untuk menangani “kempen anti minyak sawit”.

Kedua-dua buah negara itu, Indonesia dan Malaysia dilaporkan telah menghasilkan 85% minyak sawit dunia.

Untuk pengetahuan semua, penggunaan minyak sawit di EU dalam sektor makanan terus mencatatkan penurunan, tetapi penggunaannya sebagai biofuel meningkat. Suruhanjaya Eropah telah mendedahkan bahawa penanaman kelapa sawit mengakibatkan penebangan hutan yang berlebihan dan meluluskan undang-undang untuk menghentikan penggunaannya sebagai bahan bakar pengangkutan antara tahun 2023 dan 2030.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat