Malaysia Bakal Untung Dengan Kenaikan Harga Minyak Sawit

394

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) optimistik harga minyak sawit mentah (CPO) akan terus meningkat daripada harga terkini iaitu RM2,800 per tan meskipun kini penularan Covid-19 masih belum reda.

Menurut Pengerusi MPOB, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, trend tersebut berlaku susulan peningkatan permintaan dari negara pengimport yang terjejas termasuklah India.

“Peranan kerajaan adalah penting bagi memastikan hubungan diplomatik yang bagus dan kemampanan eksport negara. Kita yakin produk minyak sawit tempatan akan kembali mendapat tempat dalam kalangan komuniti antarabangsa selain India mengimport semula CPO dari negara ini,” kata Ahmad Jazlan seperti dipetik oleh The Edge ketika majlis upacara memperkenalkan Vitamin R Tokotrienol hari ini.

Berdasarkan laporan, India mengimport kira-kira 4.4 juta tan minyak sawit dari Malaysia daripada jumlah keseluruhan 9.0 juta tan import minyak sawit pada tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, vitamin E dalam minyak sawit mengandungi hampir 70% per sen tokotrienol dan 30% per sen tokoferol yang ideal dalam terma struktur kimia untuk kesihatan manusia.

Ujar Ahmad Jazlan, usaha untuk mengembangkan pasaran bagi produk tokotrienol bagaimanapun telah mulai perlahan berikutan pandemik.

“Kami telah menyusun aktiviti promosi di luar negara tetapi terpaksa menangguhkan seketika. Kami harap apabila pintu sempadan sudah dibuka, kami dapat meneruskan jelajah promosi, terutamanya ke Eropah, China dan AS,” katanya.

Usaha promosi itu dijangka akan dapat membantu perolehan pendapatan dan meningkatkan saham minyak sawit Malaysia.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat