Malaysia Bersetuju Menjual Kapal Mewah Equanimity Kepada Genting Berjumlah RM514.14 Juta

1,396

Kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan skandal berbilion Dolar membabitkan dana kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah dijual kepada syarikat Genting Malaysia BHD (Genting) pada harga AS$ 126 juta (RM514 juta).

Peguam Negara, Tommy Thomas dalam satu kenyataan hari ini berkata, Genting akan membayar AS$126 juta kepada Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur pada akhir bulan ini.

Katanya harga itu adalah tawaran tertinggi diterima pihak kerajaan dalam tempoh lima bulan lalu sejak Equanimity ditawarkan untuk jualan pada Okt 2018.

Thomas juga menambah, banyak tawaran diterima sepanjang tempoh itu, tetapi hanya sebilangan kecil tawaran melebihi AS$100 juta, dengan Genting menawarkan harga tertinggi.

Untuk makluman, kapal mewah Equanimity adalah antara aset yang didakwa dibeli ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, dan sekutunya dengan wang yang diambil daripada dana itu, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Equanimity yang dilaporkan dibina khas untuk ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho pada 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion) itu disita di Bali, Indonesia, Februari 2018 atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah Jabatan Kehakiman AS ke atas skandal 1MDB.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat