Malaysia Dalam Ranking #20 Antara Hab Fintech Terbaik di Asia

632

Fuyoo, bangga gila jadi anak watan!

Malaysia berada dalam ranking #20 hab teknologi kewangan (fintech) terbaik di Asia dengan menduduki tempat ke-15 di Asia dan tempat ke-67 dunia.

Dalam laporan bertajuk ‘2022 Asia Pacific Fintech Rankings: Bridging Divides’ yang dikeluarkan oleh firma penyelidikan dan penganalisis Findexable menyatakan syarikat tempatan mudah ‘terlepas dari drama dunia’ namun kebanyakan firma fintech kekal releven.

Laporan tersebut menjejaki syarikat ‘start-up’ fintech di 16 buat negara di seluruh benua Asia termasuk Asia selatan, timur dan barat serta Australia.

Laporan itu turut menyatakan capaian internet hampir sama di negeri membangun di rantau ini seperti di negeri terkaya dan rakyat Malaysia sebagai contohnya berkemungkinan berada dalam talian seperti negara jiran Singapura yang lebih kaya.

Tambahnya lagi, ini mewujudkan potensi untuk lebih daripada sekadar generasi baharu pemenang perniagaan.

Pada peringkat makro-ekonomi, gabungan penggunaan telefon pintar dan akses internet beri peluang keemasan kepada firma fintech di Thailand, Indonesia, Vietnam dan Malaysia untuk membuat perubahan dengan membolehkan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan pengecualian kewangan yang menghubungkan pengguna telefon pintar yang tidak mempunyai perbankan kepada perkhidmatan kewangan digital untuk kali pertama.

Menurut laporan itu lagi, Malaysia dan Singapura mempunyai kawalan selia yang membolehkan bank digital melanjutkan beberapa perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan perintis tanpa melepasi ujian kawal selia.

Dalam pada itu, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Findexable, Simon Hardie, berkata ranking 2022 hab fintech Asia Pasifik adalah bukti kepelbagaian, kepintaran dan komitmen rantau terhadap pembangunan inovasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat