Malaysia Dijangka Terima Vaksin Seawal Suku Pertama 2021

779

Pengarah pengurusan Pharmaniaga Bhd, Mohamed Iqbal Abdul Rahman memberitahu vaksin COVID-19 yang kini sedang menjalani ujian klinikal di beberapa buah negara seperti India dan China, dijangka tersedia pada suku pertama atau kedua 2021.

Kebanyakan pencipta vaksin mengumumkan produk mereka akan dipasarkan pada akhir 2020 dan ini akan mengambil masa untuk Malaysia menerima bekalan vaksin berdasarkan fokus utama mereka terhadap pasaran lokal dan kemudian pasaran luar.

Menyentuh perihal persiapan Malaysia dalam menerima vaksin tersebut, Mohamed Iqbal memberitahu pihak mereka sentiasa bersedia untuk membotolkan vaksin COVID-19 yang akan diterima tidak lama lagi.

Sebelum vaksin itu dipasarkan secara meluas, produk yang diterima memerlukan kelulusan daripada pihak kerajaan terlebih dahulu, selain dari memenuhi syarat berkanun National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA).

Beliau turut menjelaskan peruntukan sebanyak RM 2 juta oleh syarikat bagi memastikan penggunaan semula gedung suntikan kecil (SVI) yang terletak di Puchong bagi pengisian vaksin dan proses pembotolan.

Walaupun memiliki tujuh gedung; enam daripadanya di Malaysia dan satu di Bandung, Indonesia, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd di Puchong memiliki keperluan lengkap, termasuk memiliki kelulusan Good Manufacturing Practise (GMP) dan satu-satunya gedung SVI yang menerima European Union GMP.

Keseluruhannya, Mohamed Iqbal yakin dengan jangkaan perniagaan syarikat akan kembali normal pada suku keempat 2020 berikutan penerimaan tempahan vaksin dari kerajaan ketika fasa pra-COVID-19 dan sektor swasta yang terus berkembang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat