Malaysia Sokong OPEC+ Kurangkan Pengeluaran Minyak

258

‘Ada betul jugak tindakan menyekat pengeluaran tu, entah apa yang AS tak puas hati pun tak tahu lah.’

Keputusan pengurangan pengeluaran minyak yang dibuat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum serta gabungan Rusia (OPEC+) menerima sokongan Malaysia.

Menerusi kenytaan rasmi Menteri Ekonomi Malaysia, Dato Sri Mustapa Mohamed, Malaysia menjadi antara negara terbaru yang menyokong tindakan OPEC+ dalam mengurangkan output sungguhpun Amerika Syarikat (AS) menentang.

Ulas Dato Sri Mustapa, keputusan yang dibuat OPEC+ berdasarkan persetujuan semua negara anggota selepas mengambil kira masalah ketidaktentuan pasaran yang menyaksikan harga minyak jatuh.

Tambahnya, keputusan tersebut dicapai bersama dengan meneliti asas pasaran seperti situasi bekalan dan permintaan global dan atas faktor itu Malaysia memberi sokongan penuh untuk bekerjasama dengan OPEC+ dalam menstabilkan harga.

Sebagai rekod, OPEC+ telah mencapai keputusan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah selepas harga komoditi tersebut menyusut.

Namun, AS dilihat menentang keputusan tersebut dan meminta OPEC+ menangguhkan rancangan mereka untuk sebulan tetapi ditolaknya.

Rententan itu, White House telah memulakan perang mulut dengan Arab Saudi dan menuduh negara tersebut memaksa anggota-anggotanya mencapai keputusan tersebut berbanding persetujuan bersama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat