Malaysia Telah Rugi RM5 Bilion Kerana Pasaran Gelap Dan Ini Cadangan CCC

1,301

Kumpulan advokasi global, Consumer Choice Center (CCC) mengemukakan tiga cadangan dalam Bajet 2021 kepada Malaysia, bertujuan untuk melindungi pengguna daripada tipu daya pasaran gelap.

CCC merupakan organisasi non-profit yang ditubuhkan pada 2017, mewakili pengguna dari lebih 100 negara, memantau perkembangan peraturan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur, Ottawa, Washington, Brussels dan Geneva.

Tidak ramai yang menyedari, pertumbuhan perdagangan haram yang kini cecah RM300 bilion berkembang dengan pesat sejak pandemik COVID-19.

Pengarah urusan CCC, Fred Roeder memberitahu pasaran gelap sebenarnya menimbulkan kerugian yang tinggi terhadap pengguna Malaysia kerana pihak kerajaan telah kehilangan RM5 bilion dalam cukai yang tidak terkutip setiap tahun.

Tidak cukup dengan itu, sektor peruncitan juga akan melemah dan mendorong kepada jenayah rasuah di semua sektor awam.

Justeru, CCC memberi tiga cadangan kepada Malaysia, iaitu:

  1. Menyediakan peruntukan khas bagi kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengadakan roadshow di seluruh negara untuk mendidik pengguna, menghalang daripada golongan pembeli membeli produk pasaran gelap.
  2. Gubal semula struktur bagi menutup jurang harga produk yang sah dengan produk pasaran gelap ekoran perbezaan yang besar kerana cukai ke atas produk sah.
  3. Peruntukkan lebih banyak dana bagi penguatkuasaan yang lebih baik, terutama di platform e-dagang.

Malaysia merupakan negara yang mendahului dalam pasaran gelap tembakau, menguasai lebih 62% pasaran saham bagi tembakau yang terjual.

Maka, adalah wajar jika pihak berkuasa mengatasi ancaman ini sekaligus menutup kerugian Malaysia yang disebabkan pasaran gelap.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat